Friday, 30 August 2013

Refleksi di sekolah berasrama penuh

Pertama sekali, saya ingin kongsikan pengalaman saya di SMAP Kajang. Saya mendapati pelajar di sana amat fokus terhadap matlamat yang ingin dikecapi oleh mereka iaitu menjadi seorang yang berjaya. Sebagai contohnya, mereka sentiasa membawa buku bersama mereka di mana jua mereka pergi. Hal ini kerana, mereka tidak mahu ketinggalan dalam menerima ilmu. Selain itu, mereka juga menitikberatkan ilmu akhirat. Mereka juga akan membaca Al-Quran setiap kali ada masa lapang. Mereka sentiasa membawa Al-Quran terjemahan bersama mereka.

Di samping itu,mereka sangat berdikari. Apa yang ingin saya perkatakan di sini,mereka akan adakan kelas tambahan tanpa arahan daripada guru mereka. Malah, kelas tambahan yang diadakan juga tidak memerlukan pengawasan daripada pihak atasan seperti warden atau sebagainya. Tambahan pula apa yang mengagumkan, mereka amat menepati masa. Hal ini dapat dibuktikan kerana sekiranya kelas tambahan yang diadakan bermula pada pukul 9.00 malam maka, para pelajar di sana akan bersiap sedia beberapa minit lebih awal daripada waktu yang ditetapkan tanpa disuruh. Jangka masa yang diambil untuk proses pembelajaran mereka juga mengikut kuota yang ditetapkan. Tidak kurang,tidak lebih. Di sini membuktikan mereka sangat peka tehadap masa dan amanah dengan tanggungjawab.



                  
Selepas kelas tambahan mereka dihidangkan pencuci mulut oleh guru mere

Seterusnya, sukacita saya ingin memperkatakan amalan kebersihan sudah diterapkan dalam diri mereka. Menjaga kebersihan separuh daripada iman. Setiap pagi,sebelum pembelajaran bermula, mereka akan memastikan kelas mereka berada dalam keadaan yang bersih dan tersusun. Kebersihan juga diamalkan di asrama mereka. Di mana mereka bergilir-gilir membersihkan tandas,bilik asrama dan musollah. Mereka juga sangat jujur dan amanah dengan tugas mereka.

                  Tersusun kan?! Bersihkan? Hidup mestilah jaga kebersihan.

                                                Solat subuh di masjid

                                         Tazkirah selepas solat Subuh

Dari aspek lain, mereka juga turut menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan di mana amalan ini sukar untuk didapati di sekolah-sekolah lain. Mereka akan memulakan perbicaraan sekiranya perlu sahaja ataupun dalam perbincangan. Oleh itu, masalah disiplin pelajar akan terkawal.

                                               Putera ala-ala "batman"

                             Puteri ala-ala "Ana Muslim"

                      Pelajar Akademi Menara Gading Kohort 7 : Kem 6 di SBP 


                            Dari kanan : Amar bersama pelajar di SMAPK



               Cenderamata daripada pihak Akademi Menara Gading Kohort 7

                            So this me and my new friends :3 miss them a lot



Baik tak semestinya baik

" Base perasan tak malu ... Uuuu malu la tu perasan tak sedar diri" kata W

*muka keliru tanpa mengerti apa yang diperkatakan lalu hati tersentap. Lin berlalu pergi meninggalkan kelasnya untuk menyembunyikan air mata.

Menangis bersendirian tanpa diketahui.

Kelas bahasa Inggeris sudah bermula. Lin masih tidak kelihatan.

Tangisan seseorang memendam rasa pedih didengari.
" Teacher mesti dah masuk.. Asiah mesti tertanya-tanya ke mana aku pergi. Aku harus beredar dari sini. Be strong,Amalina." Monolog nya sendiri.

Menyedari kebaikan tidak bermakna kebaikan. Menyedari wujudnya backstabber. Lin berazam tidak akan diperbodohkan lagi. Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.

Sambil memasuki kelas, mata-mata memandangnya. Kejadian memedihkan berlalu begitu sahaja

Hari ini berazam melupakan hari semalam. Hati berazam untuk memaafkan.

"Eeeee... Serabutnya.. Menyampah rasa bila tengok muka orang tu" kata-kata oleh W.
"Sape? Saya ke?"
"Tak,bukan awak budak.." Jelingan ke arah Lin.

Lin sedar siapa yang dimaksudkan olehnya. Menghiraukannya. Luka yang baru berjahit,tertetas kembali.

Memaksa diri untuk gelak bersama rakannya yang lain. 


 

Monday, 26 August 2013

Laman sosial

Mel nak kongsi pendapat sikit... Kalo kat Twitter ,Facebook  atau mane2 laman sosial yg ade zaman sekarang mesti ade je manusia yg gilakan followers,retweet, atau likes .. Sampaikan ada yg rsa sgt down bila kehilangan followers .. Bagi saya ikut diorang la nk Follow ke x tapi jangan kita yg hilang pertimbangan.

Saya ada ramai unfollowers back .. Yang mula2 Follow pastu x unfollow pon byk.. Daripada pemerhatian sye tentang diorang Ni.. Diorang akan sent request kepada budak yg tak ramai followers .. Tapi sye buat endah tak endah je pasal semua tu .. Apa yang penting be positive

Sunday, 25 August 2013

Ar Rahman

Sye ingat lagi waktu kat smapk bebudak kat sana selalu baca surah Ar-Rahman setiap pagi sebelum pergi sekolah..pastu ada sorang budak laki akan lead diorang baca surah tu... Nak citer kat sini suara budak laki tu best untuk didengar .. So, sepanjang 5 hari persekolahan sementara kat situ sye selalu dengar dengan teliti pembacaan budak laki tersebut especially.. 

Sekarang bila dah balik Kuantan rasa rindu nak dengar suara tu pon ada.. Bagi mengubat rindu di hati sye pon buka la Quran Lite dalam iPad sambil dengar As sudays shraym baca surah Ar Rahman walaupun suara tak sama bacaan surah tu memang menyentuh hati... Btw sye tak tahu pon siapakah budak laki yg lead kitorang baca surah Ar Rahman tu until now .. 

Rasa menyesal pun ada sebab tak rekod suara si pembaca tu .. Well,masa kat surau atau pun masjid sye selalu berada di belakang tirai so,peluang untuk mengetahui siapa pembacanya memang tipis la tapi masa sye kat situ sye tak pernah terfikir pun nak stalk budak tu.. How I wish the voice will come to me and recite me the Ar Rahman 

Sunday, 18 August 2013

Ummah



Selepas sye tengok gambar2 penderitaan saudara di Mesir,Palestin dan Iraq MasyaAllah.. Hati rasa luruh .. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul .. Hilang ayah hilang mak hilang anak.. SubhanaAllah walaupun terlalu banyak ditempuhi mereka semangat untuk pertahankan agama sangat tinggi kerana semua itu Lillahitaala .. Mati mereka hidup mereka hanya untuk Allah semata-mata .. Mereka berani berdepan dengan kereta kebal dan senjata lain kerana mereka yakin Syahid untuk mereka ,jannah menanti mereka.. 


Allahhuakhbar mampukah sye melakukannya seperti dia..



Saturday, 17 August 2013

Catalyst oh my

I wish u know what inside me.. Your words are my spirit and I wish you knew that too so, you'll always write a word ... The school is gonna start by this Monday ...please keep posting something beneficial as usual.. You're my catalyst 

Wednesday, 14 August 2013

Laziness

Hari Ni Ada kelas addmath . Kerajinan untuk hadir kelas tersebut semakin lama semakin berkurang dalam masa yang sama SPM pun nak dekat lalalala~~~ ape nak jadi sudo!~





Hearts

We all know there's no turning back in life no matter how hard we have to move on. Having a difficulty in life, relationship.. Just pray and not to be hoping too much because it surely hurt if the wants we're hoping for is not achieved.. That's the lessons I got


Pick a wrong peep

Sometimes I just thought that we have to ignore something and move into something else. Such as we're having a best friend who's not being a true friend..you know .. back stabber or maybe someone hypocrites.. They just acting like they care about you but in fact they don't or never.. I wish I can be an out spoken person and fight against them who is being mean to me.. But all I'm gonna say is "no,it's okay.." Then they put my head under their feet ... Ouch! That's cruel

Hari hari di SMAPK

HKami berada di sana selama seminggu. Jatuh pada tarikh 12/7/13 yup! Pada bulan puasa. Jadi demikianlah rutin kami di sana :

0400 - Wake up from heavy sleep + get bath
0500 - Having sahur
0600 - Subuh prayer
0700 - Reciting Surah Ar-Rahman 
0730 - Going school
1500 - Back from school and heading back to the hostel
We will have our preparation until 4.30 pm
1630 - Asar prayer + easing ourselves 
1800 - Taking the meal for breaking fast
1845 - Reciting Al-Mathurat
1930 - Breaking fast + Maghrib prayer
2000 - Tadarus Al-Quran
2100 - "Guru Muda" 
2300 - Reciting Al- Mulk
2315 - Jump into bed and meet the temporary death

 





Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang

Kami selamat sampai di SMAP Kajang pada pukul 4.45 petang. Kami terdiri daripada 6 orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki. Sebaik sahaja kami tiba di sana, kami ditempatkan di asrama.



Tuesday, 13 August 2013

I'm new here

Firstly the reason I just get started my new blog is to write a report in smap kajang.. It seems like Kak Yati keeps asking when we can send the report.... Daaa~ malas gila nak buat report.. Takpe2 I'll make it as simple as it "should" be