*muka keliru tanpa mengerti apa yang diperkatakan lalu hati tersentap. Lin berlalu pergi meninggalkan kelasnya untuk menyembunyikan air mata.
Menangis bersendirian tanpa diketahui.
Kelas bahasa Inggeris sudah bermula. Lin masih tidak kelihatan.
Tangisan seseorang memendam rasa pedih didengari.
" Teacher mesti dah masuk.. Asiah mesti tertanya-tanya ke mana aku pergi. Aku harus beredar dari sini. Be strong,Amalina." Monolog nya sendiri.
Menyedari kebaikan tidak bermakna kebaikan. Menyedari wujudnya backstabber. Lin berazam tidak akan diperbodohkan lagi. Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.
Sambil memasuki kelas, mata-mata memandangnya. Kejadian memedihkan berlalu begitu sahaja
Hari ini berazam melupakan hari semalam. Hati berazam untuk memaafkan.
"Eeeee... Serabutnya.. Menyampah rasa bila tengok muka orang tu" kata-kata oleh W.
"Sape? Saya ke?"
"Tak,bukan awak budak.." Jelingan ke arah Lin.
Lin sedar siapa yang dimaksudkan olehnya. Menghiraukannya. Luka yang baru berjahit,tertetas kembali.
Memaksa diri untuk gelak bersama rakannya yang lain.
No comments:
Post a Comment