Di samping itu,mereka sangat berdikari. Apa yang ingin saya perkatakan di sini,mereka akan adakan kelas tambahan tanpa arahan daripada guru mereka. Malah, kelas tambahan yang diadakan juga tidak memerlukan pengawasan daripada pihak atasan seperti warden atau sebagainya. Tambahan pula apa yang mengagumkan, mereka amat menepati masa. Hal ini dapat dibuktikan kerana sekiranya kelas tambahan yang diadakan bermula pada pukul 9.00 malam maka, para pelajar di sana akan bersiap sedia beberapa minit lebih awal daripada waktu yang ditetapkan tanpa disuruh. Jangka masa yang diambil untuk proses pembelajaran mereka juga mengikut kuota yang ditetapkan. Tidak kurang,tidak lebih. Di sini membuktikan mereka sangat peka tehadap masa dan amanah dengan tanggungjawab.
Seterusnya, sukacita saya ingin memperkatakan amalan kebersihan sudah diterapkan dalam diri mereka. Menjaga kebersihan separuh daripada iman. Setiap pagi,sebelum pembelajaran bermula, mereka akan memastikan kelas mereka berada dalam keadaan yang bersih dan tersusun. Kebersihan juga diamalkan di asrama mereka. Di mana mereka bergilir-gilir membersihkan tandas,bilik asrama dan musollah. Mereka juga sangat jujur dan amanah dengan tugas mereka.
Tersusun kan?! Bersihkan? Hidup mestilah jaga kebersihan.
Dari aspek lain, mereka juga turut menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan di mana amalan ini sukar untuk didapati di sekolah-sekolah lain. Mereka akan memulakan perbicaraan sekiranya perlu sahaja ataupun dalam perbincangan. Oleh itu, masalah disiplin pelajar akan terkawal.
No comments:
Post a Comment